Untukmu Dariku.
Telah saya cuba untuk memberi segala-galanya kepadamu. Namun,semua memori indah pupus dengan sebegitu sahaja.
Awak berkata bahawa saya hanya mementingkan agama lebih darimu.
Masya Allah,tidak saya sangka awak mengungkap kata-kata itu.
Selama ini,saya menolak cinta terhadap Allah,semata-mata ingin bersamamu,tetapi adakah awak nampak pengorbangan saya? Tidak.
Saya faham bahawa ini agak susah untuk awak menerima,dan mungkin ia juga kesalahan saya.
Saya minta maaf sepenuh hati.
Saya hanya insan biasa.
Mulai hari ini,saya tidak mahu memaksa dengan keputusan awak.
Jikalau awak ingin pergi dari sisi ini,saya redha dengan kehendak tuhan.
Awak lebih mulia berkawan dengan seorang wanita yang lebih memahami kehendak awak dan dapat memberi awak lebih kebahagian.
Wahai kekasih hati,satu benda sahaja yang saya ingin awak tahu.
Saya tidak pernah berhenti mencintaimu walaupun saya berdiri tegak dengan agama.
Hanya awak yang tidak perasan.
Tidak mengapalah. Keputusan hanya ditanganmu dan ditangan-Nya.
Walau apapun,awak tetap didalam ingatan dan doa-doa saya.
Selamat malam kekasih gelapku.
<3




~END~

Labels: